JobConnect

Industrial Truck Driver

Perincian Tugas

  • Memandu dan mengendalikan lori berat 18 tan dan 24 tan, lori kren serta low loader bagi keperluan operasi dan projek.
  • Mengangkut bahan binaan, peralatan, jentera, mesin dan barangan berkaitan projek dari stor, bengkel, pejabat atau lokasi lain ke tapak projek.
  • Mengendalikan lori kren bagi aktiviti mengangkat, memuat dan memunggah bahan atau peralatan mengikut kapasiti dan prosedur keselamatan yang ditetapkan.
  • Mengendalikan low loader untuk mengangkut jentera berat seperti excavator, roller, backhoe dan peralatan pembinaan lain ke dan dari tapak projek.
  • Memastikan semua muatan disusun, diikat dan dipastikan selamat sebelum kenderaan bergerak.
  • Menjalankan pemeriksaan harian sebelum dan selepas penggunaan kenderaan, termasuk keadaan tayar, brek, lampu, minyak enjin, sistem hidraulik, kren dan komponen keselamatan.
  • Memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik, bersih dan selamat untuk digunakan serta melaporkan sebarang kerosakan atau keperluan penyelenggaraan kepada penyelia.
  • Mematuhi semua undang-undang jalan raya, peraturan JPJ, keperluan keselamatan dan prosedur HSE syarikat serta peraturan keselamatan di tapak projek.
  • Memastikan penggunaan kenderaan mematuhi had muatan, had kelajuan dan keperluan keselamatan bagi pengangkutan kenderaan serta peralatan berat.
  • Melengkapkan log perjalanan, rekod penggunaan kenderaan, penghantaran, pemeriksaan harian dan dokumen berkaitan.
  • Membantu kerja-kerja pemuatan dan pemunggahan bahan, peralatan dan jentera apabila diperlukan.
  • Memastikan penghantaran bahan, peralatan dan jentera dilaksanakan mengikut jadual dan arahan penyelia/projek.
  • Melaporkan dengan segera sebarang kemalangan, kerosakan, kehilangan, near miss atau keadaan tidak selamat kepada penyelia.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan operasi pengangkutan dan keperluan projek seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan.

Keperluan Kompetensi

  • Minimum SPM atau kelayakan yang setaraf dan lulus.
  • Mempunyai Lesen E Full yang sah serta GDL Kelas E.
  • Mempunyai pengalaman mengendalikan lori berat 18 tan dan 24 tan.
  • Mempunyai rekod pemanduan yang baik dan tiada rekod jenayah.
  • Sihat tubuh badan dan mampu menjalankan tugas yang melibatkan perjalanan, pengendalian kenderaan serta aktiviti pemuatan dan pemunggahan.

Skills

  • Heavy Truck Driving
  • Crane operation
  • Low Loader Operation
  • Load Securing
  • Vehicle Inspection
  • HSE Compliance
  • Trip Logging

Related jobs

UEM Edgenta BerhadApply for this job